Kuching City FC Tampil Bergaya Dengan Kit Rasmi Baharu 25/26
KUCHING: Kuching City FC kali ini berketerampilan baharu dan bergaya dengan pelancaran kit rasmi baharu bagi saingan baharu untuk tahun 2025/2026.
Majlis pelancaran telah dihadiri oleh Pengerusi Kuching City FC Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan juga penyokong setia pasukan, barisan kejurulatihan, pemain utama dan wakil penaja utama.
Jersi berwarna putih telah dipilih sebagai perlawanan di tempat sendiri manakala jersi berwarna hitam dan kuning bagi tempat lawan manakala jersi biru dan oren merupakan jersi untuk penjaga gawang.
Selain Pelancaran jersi turut diadakan dengan sesi 'Meet & Greet' bersama pemain musim 2025 serta sesi ramah mesra bersama penyokong dan penaja.
Sementara itu, Dato Fazzrudin dalam ucapannya memberitahu, 'angan-angan' terbesar beliau untuk pasukan KCFC adalah untuk membawa balik Piala Malaysia balik ke Bumi Kenyalang.
"Antara harapan kami atau 'angan-angan' yang dikehendaki namun 'angan-angan' ini perlu disertakan dengan pelan tindakan, perancangan dan disiplin maka ini akan tercapai.
"Apakah 'angan-angan itu? 'Angan-angan' itu adalah untuk membawa balik Piala Malaysia balik ke negeri Sarawak dan ini memerlukan sokongan dan dokongan anda semua," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar para peminat terus memberi sokongan kepada pasukan KCFC sebagai pemain ke-12 dengan menghadirkan diri ke stadium dan memberi sokongan padu kepada para pemain. -EDISI UKAS