JAPEN Samarahan & SMK Muara Tuang Rancang Aktiviti Kelab Malaysiaku Sempena Hari Kebangsaan
KOTA SAMARAHAN: Jabatan Penerangan (JAPEN) Samarahan telah mengadakan perjumpaan bersama Guru Penyelaras Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang, bagi membincangkan program dan aktiviti Kelab Malaysiaku bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Dalam sesi pertemuan yang dibuat pada Khamis itu, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan Abdul Latif Shamsuddin memaklumkan bahawa program JIWA@Kelab Malaysiaku akan diadakan pada minggu hadapan di Dewan Utama Sri Muara, SMK Muara Tuang.
Program ini akan melibatkan penyertaan para pelajar sekolah berkenaan.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras SMK Muara Tuang Raszina Kawie serta Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Hamimah dan Suzana.
Selain itu, JAPEN Samarahan turut mengedarkan bahan penerbitan jabatan seperti Poster Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Risalah Panduan Kibar Bendera Malaysia, serta Risalah Negaraku, Kebanggaanku yang mengandungi panduan etika semasa lagu Negaraku dimainkan. -EDISI UKAS