KPWK Bincang Penurunan Kuasa Pentadbiran JKM Sarawak Bersama KPWKM
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) bagi membincangkan pelaksanaan penurunan kuasa secara pentadbiran melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.
Sesi libat urus yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, KPWKM itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff.
Beberapa perkara penting yang berkaitan pelaksanaan penurunan kuasa telah diteliti secara terperinci oleh rombongan daripada KPWK yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel.
Turur hadir bersama iaitu Setiausaha Tetap KPWK Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad, Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak, Rusmaliza Mat Darus, wakil Unit Strategi dan Perancangan, Jabatan Peguam Besar Sarawak, wakil Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak, wakil Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Sarawak dan wakil Unit Perancang Ekonomi Sarawak.-EDISI UKAS