Meradong Terus Disantuni Menerusi Program Pra Gawai
MERADONG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong terus disantuni menerusi Program Pra Gawai 2026 yang memasuki hari keempat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam mendekati masyarakat akar umbi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing bersama rombongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor meneruskan siri kunjungan ke beberapa rumah panjang di kawasan berkenaan bagi menyampaikan sumbangan serta berkongsi kegembiraan menjelang sambutan Hari Gawai.
Program tahunan ini bukan sahaja menjadi platform menyantuni rakyat, malah membuka ruang kepada wakil rakyat untuk mendengar sendiri pelbagai isu dan keperluan penduduk setempat.
Pendekatan turun padang ini membolehkan tindakan susulan diambil secara lebih berkesan dan menyeluruh.
Dalam setiap kunjungan, Datuk Ding yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor menegaskan bahawa tradisi turun padang akan terus dikekalkan kerana ia merupakan asas kepada perkhidmatan seorang wakil rakyat.
Beliau turut menyeru agar semangat perpaduan, kerjasama dan toleransi antara masyarakat pelbagai kaum di Sarawak terus diperkukuhkan, selaras dengan keunikan negeri ini yang terkenal dengan keharmonian masyarakatnya.-EDISI UKAS