Kerja Baik Pulih Jalan Susur Pelajau-Simpang Antaroh Dilaksana Segera
KAPIT: Kerja baik pulih jalan susur di kawasan Pelajau–Simpang Antaroh, Kapit dilaksanakan dengan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya selepas sebahagian laluan itu dilaporkan terjejas.
Menurut laporan awal, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil langkah dengan menyediakan menyediakan pelan pengurusan trafik untuk memastikan pergerakan kenderaan di kawasan terjejas berjalan lancar.
Kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik, manakala papan tanda amaran turut dipasang di bahu jalan berdekatan Simpang Antaroh untuk memberi makluman kepada pengguna tentang keadaan semasa.
Orang ramai, khususnya penduduk tempatan dan pengguna jalan Pelajau–Simpang Antaroh, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan ketika melalui kawasan berkenaan.
JKR bersama pihak berkuasa tempatan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Situasi semasa dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan pemantauan berterusan diteruskan bagi memastikan keadaan kekal selamat.-EDISI UKAS