Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat RESPA
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), di Astana Negeri Sarawak, di sini, pada Khamis.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi RESPA, Dato Meor Chek Hussein Mahayuddin yang merupakan kunjungan hormat pertama RESPA kepada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi sejak beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Selain menyampaikan ucapan tahniah, kunjungan berkenaan juga bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bagi memperkukuh hala tuju dan perjuangan RESPA pada masa akan datang.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Timbalan-Timbalan Presiden RESPA, Dato Razali Basri dan Datuk Christopher Wan Soo Kee, Naib-Naib Presiden Dato Ahmad Nadzer Nordin dan Dato Abdullah Ahmad Abdul Hamid, Bendahari Kehormat Dato Farid Mahmud, Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Tan Kim Chan serta Ahli Jawatankuasa Dato Arshad Abd Jalil, Dr Leong Yue Khau, Arumugam Ramasamy dan Dr Saadiah Kadir.-EDISI UKAS