Kejohanan Tinju ‘Twins Championship 103 Sri Aman 2025 Bakal Gegarkan Kompleks Sukan Sri Aman
SRI AMAN: Kejohanan tinju ‘Twins Championship 103’ bakal menggegarkan Kompleks Sukan Sri Aman yang dijadualkan berlangsung pada 15 November depan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Twins Championship dan Kilat Boy Management dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman ini menghimpunkan peninju profesional dari dalam dan luar negara yang bakal beraksi merebut kejuaraan.
Sebagai persiapan menjelang acara utama, satu sidang media rasmi akan diadakan pada 14 November ini pada jam 10 pagi bertempat di BME Hotel, Sri Aman.
Sidang media tersebut dijangka dihadiri oleh penganjur, penaja serta peninju-peninju yang bakal bertanding dalam kejohanan berkenaan.
KejohananTwins Championship 103’ dijangka menjadi antara acara sukan terbesar di Sri Aman tahun ini dan bakal menarik minat pengunjung dari pelbagai daerah. -EDISI UKAS