SK Tambirat Adakan Majlis Solat Hajat Perdana Sempena UPKK 2025
ASAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Tambirat tmengadakan Majlis Solat Hajat Perdana bagi mendoakan kejayaan 78 pelajar Tahun 5 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.
Ujian ini merupakan penanda aras penting dalam pendidikan agama bagi pelajar Kelas KAFA, menguji pemahaman mereka dalam pelbagai aspek ilmu agama.
Majlis dimulakan dengan solat hajat berjemaah diikuti bacaan Surah Yassin yang disertai guru, pelajar, dan ibu bapa dan seterusnya diteruskan dengan sesi zikir munajat yang bertujuan memohon ketenangan hati dan kekuatan rohani agar pelajar lebih bersedia menghadapi ujian.
Berucap ringkas dalam majlis tersebut, Guru Besar SK Tambirat, Nora Dewa menekankan bahawa kejayaan pelajar bukan hanya bergantung pada usaha akademik, tetapi turut dipengaruhi amalan rohani yang diperkukuhkan melalui majlis seperti ini.
Sehuhungan itu, beliau menyeru kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa sebagai kunci mendidik pelajar mencapai kecemerlangan. -EDISI UKAS