Pelbagai Pembangunan Bakal Dijalankan Di Kampung Skibang
BAU: Pelbagai pembangunan bakal dijalankan di Kampung Skibang dalam usaha menaik taraf kampung tersebut.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep mengumumkan kelulusan peruntukan keseluruhan berjumlah RM170,000 bagi pembangunan kampung tersebut
“Daripada jumlah itu, RM100,000 diperuntukkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 bagi kerja-kerja menaik taraf padang bola sepak Kampung Skibang,” katanya demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tautan Kasih anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Skibang di Dewan Baruoh Bowang pada Sabtu.
Bagi tahun 2026 pula ujarnya, RTP akan memfokuskan pula kepada usaha menaik taraf Dewan Sekolah Kebangsaan Skibang, selaras dengan keperluan fasiliti pendidikan yang lebih kondusif.
Selain itu, Datuk Henry turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 kepada JKKK Kampung Skibang bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pembangunan komuniti setempat. -EDISI UKAS