BALAI RINGIN: Projek pembinaan Pasar Balai Ringin yang baharu akan mula ditender pada tahun hadapan.
Timbalan Pelancongan, Industri kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, projek yang menelan kos perlaksanaan sebanyak RM55 juta itu akan merangkumi pembinaan buah lot gerai, pusat kraftangan, taman permainan kanak-kanak, taman tebingan air dan beberapa buah kedai.
"Semua gerai-gerai lama di pasar sedia ada sekarang ini (Pasar Balai Ringin lama) akan diroboh dan digantikan dengan lebih 40 gerai baharu di bawah kendalian pihak Majlis Daerah Serian (MDS).
"Pembinaan lot gerai kecil, kedai besar dan pusat kraftangan di pasar baharu ini nanti akan membuka lebih banyak peluang buat penduduk untuk berniaga dan seterusnya memacu perkembangan ekonomi di kawasan Daerah Kecil Balai Ringin,"katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Program Malam Kebudayaan Balai Ringin 2025 yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat N.30 Depo Balai Ringin pada Sabtu.
Sementara itu, Datuk Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin imemaklumkan Balai Ringin adalah sebuah kawasan yang 'istimewa' kerana dianugerahkan kemudahan stadium mini oleh kerajaan Sarawak.
"Setiap bahagian dalam negeri ini hanya diperuntukkan satu stadium. Namun, Balai Ringin nyata memperoleh 'extra' (tambahan) dengan wujudnya mini stadium yang dibina di bawah pelaksanaan projek Kompleks Sukan Balai Ringin dengan kos sebanyak RM15 juta.
"Kini, Kompleks Sukan Balai Ringin termasuk kemudahan stadium mininya sudah pun banyak digunakan oleh sekolah-sekolah dan pelbagai pihak dari Serian bagi tujuan aktiviti sukan mereka,"kata.-EDISI UKAS