Program Re-Skilling Community Tarik 36 Peserta Di Lawas
LAWAS: Seramai 36 peserta dari kawasan Lawas berjaya menamatkan Re-Skilling Community Programme–Digital Marketing Training yang dianjurkan oleh PETRONAS dengan kerjasama CENTEXS dalam majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Seri Sari, Lawas pada Rabu.
Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan ilmu dalam industri oil & gas.
Majlis turut dihadiri oleh Aminul Fadzrin Abdul Rahim, mewakili Pegawai Daerah Lawas, serta Pengurus CENTEXS Betong merangkap Timbalan Pengarah Pentadbiran Am CENTEXS Mukah, Dr. Andrew Emparan.
Program yang dijalankan pada 2 hingga 3 Disember 2025 itu memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran teknikal dan keusahawanan, merangkumi kursus Scaffolding, Mechanical Fitter, OGSP, Pemasaran Digital serta latihan pertanian seperti Hidroponik, Akuaponik dan Biosekuriti Penternakan.
Penganjuran program seumpama ini selaras dengan usaha syarikat untuk memperkasa sosioekonomi masyarakat setempat, khususnya komuniti sekitar kawasan operasi SSGP.
Program ini juga memberi peluang kepada golongan B40 meningkatkan kemahiran sekali gus menambah pendapatan isi rumah.
Sejak dilaksanakan, program berkenaan menunjukkan peningkatan positif dengan 127 peserta dari Baram, Lawas, Ulu Limbang, Tinjar, Niah dan Bintulu berjaya menamatkan latihan pada 2024.-EDISI UKAS