Sukan Tahunan & Sukaneka PIBG SK Selepong 2025 Serlah Semangat Kesukanan Murid
SRI AMAN: Program Sukan Tahunan dan Sukaneka PIBG SK Selepong 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan para murid, guru serta ibu bapa yang bersama-sama memeriahkan acara yang bertujuan menyemai semangat kesukanan dan memperkukuh hubungan komuniti sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah membantu merangsang kecergasan mental serta meningkatkan pencapaian akademik mereka.
"Ia seterusnya membantu mempertingkat pencapaian akademik para murid di sekolah dan seterusnya menyumbang kepada kelahiran modal insan kelas pertama demi pembangunan negara dan negeri ini," katanya ketika merasmikan Program Sukan Tahunan dan Sukaneka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Selepong, di sini pada Khamis.
Pada majlis tersebut, beliau turut diberi penghormatan merasmikan astaka baharu SK Selepong, bersama Guru Besar Sigai Kilau serta barisan jemputan kehormat yang lain.
Sebanyak 123 murid menyertai kejohanan sukan kali ini dengan Pasukan Perdana dinobatkan sebagai johan, diikuti Inspira di tempat kedua, Exora ketiga dan Persona keempat. -EDISI UKAS-
Dilaporan oleh:
Jesi Bintoh Suntek
Valentine Ngumbang
Abdul Hadi
UKAS Bahagian Sri Aman