KUCHING: Delegasi UNICEF mengadakan kunjungan hormat ke Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek promosi, liputan dan pelaksanaan program berkaitan kesejahteraan kanak-kanak di negeri ini.
Kunjungan yang diketuai Ketua Komunikasi UNICEF, Nico Manos Wieland telah disambut oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.
Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat serta strategi komunikasi bersama bagi menyokong inisiatif advokasi kanak-kanak di Sarawak.
Kerjasama ini dijangka memperkasa penyebaran mesej pembangunan kanak-kanak serta memantapkan pelaksanaan program melalui sokongan komunikasi yang lebih terancang dan berimpak.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Sri Gayathri V Velayutham, Pakar Komunikasi (Media & Advokasi), Meena Sundramohana, Pegawai Komunikasi, Rakan Komunikasi Korporat dari Rashomon PR (Borneo) Sdn Bhd, Azreen Mohamed serta pegawai-pegawai UKAS. -EDISI UKAS-