Program 'Pulse90: Dance and Burn' Promosi Gaya Hidup Sihat
SIMANGGANG: Program ‘Pulse90: Dance and Burn’ menjadi platform komuniti setempat mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan yang lebih teratur, menyeronokkan dan inklusif.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis memberitahu, penglibatan penduduk dalam aktiviti seperti ini adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).
"Antara penyakit NCD terbabit adalah seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi (hipertensi), kolesterol dan Trigliserida tinggi, obesiti (berat badan berlebihan), penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
"Ubahlah diri anda dengan menyertai aktiviti budaya hidup sihat agar kita kekal sihat dan terhindar daripada serangan penyakit berbahaya seperti ini," katanya dalam program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bandar Sri Aman dengan kerjasama Kelab Senamrobik Bandar Benak (KSBB) di sini pada Sabtu.
Program yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman dan berjaya menarik penyertaan sekitar 160 penduduk itu telah dirasmikan oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu juga mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2026 berjumlah RM5,000 kepada KSBB.
Pengerusi KSBB, Mohamad Marzuki Mokti pula berkata, program terbabit adalah merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk mempromosikan dan membudaya gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan komuniti Sri Aman.-EDISI UKAS