Mangsa Kebakaran Kampung Mambai Terima Bantuan Segera Daripada ADUN Sebuyau
SEBUYAU: Seorang penduduk Kampung Mambai yang rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini, menerima sumbangan bantuan segera dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Isnin.
Penolong Pegawai Daerah Sebuyau Louis Andria Barieng yang mewakili Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada mangsa, Nancy Mapi.
Menurut Louis Andria, sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan Dato Sri Julaihi terhadap kebajikan penduduk yang ditimpa musibah.
“Diharapkan bantuan awal ini dapat meringankan beban mangsa sementara menunggu bantuan susulan,” katanya selepas
Dalam pada itu, Louis Andria turut meninjau keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kejadian kebakaran tersebut.
Beliau menambah bahawa pihak berwajib akan meneruskan penilaian penuh serta mengkoordinasikan bantuan susulan bagi membantu proses pemulihan dan pembinaan semula kediaman mangsa.
Turut hadir ialah Pemanca Masyarakat Iban Daerah Sebuyau Merum Babu, Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebangan Japang Sudin dan Ketua Kaum Kampung Mambai Sebuyau Aiden Turki.-EDISI UKAS