Komitmen Guru Dipuji, Usaha Bendung Isu Disiplin Diperkuat
SRI AMAN: Komitmen warga pendidik SK Sebangkoi dalam membentuk sahsiah dan kecemerlangan murid terus diberi penekanan.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, berkata kejayaan murid hari ini adalah hasil kesungguhan guru yang memastikan setiap pelajar diberi peluang berkembang mengikut potensi masing-masing.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Graduasi Pra-sekolah dan Apresiasi Murid SK Sebangkoi, di sini pada Khamis.
Tambah Doris, semua pihak perlu lebih peka terhadap isu disiplin seperti buli dan bibit gangsterisme yang semakin membimbangkan, kerana keselamatan murid memerlukan kerjasama berterusan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.
Tambah beliau, pelaksanaan pendidikan tinggi percuma oleh Kerajaan GPS Sarawak mulai tahun hadapan, termasuk elaun tahunan RM15,000, diyakini mampu meringankan beban keluarga dan memupuk semangat belajar dalam kalangan pelajar.
Beliau berharap SK Sebangkoi terus berkembang sebagai institusi unggul yang melahirkan generasi berdaya saing dan berwibawa.-EDISI UKAS