Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Terima Kunjungan Hormat Delegasi Denmark
KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee menerima kunjungan hormat daripada delegasi Denmark di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Kunjungan hormat berkenaan diketuai oleh Ombudsman Parlimen Denmark Christian Britten Lundblad dan Duta Besar Denmark ke Malaysia Kirstine Vangkilde Berner.
Turut hadir ialah Pengarah Hubungan Antarabangsa Klavs Duus Kinnerup Hede, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Diraja Denmark Merve Imren Yalcin serta delegasi lain.
Pertemuan selama hampir 40 minit itu menyaksikan perbincangan dan perkongsian mengenai tadbir urus, perkhidmatan awam, inovasi digital serta potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.-EDISI UKAS