PSEOU 2025 Martabatkan Muzik Orang Ulu, Angkat Warisan Budaya ke Pentas Lebih Tinggi
MIRI: Seni dan budaya masyarakat Orang Ulu terus diperkasa meBandaraya Miri, Ariffin Mohamad; Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda; serta Pengerusi dan berpotensi diketengahkan ke peringkat kebangsaan serta antarabangsatuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), di sini, malam Sabtu.
Program anjuran Kelab Wanita Berwawasan Baram itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan merangkap Pengerusi Sarawak Tourism Board, Dato Dennis Ngau, yang hadir mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Dalam ucapannya, Dato Dennis Ngau berkata, penganjuran PSEOU 2025 bukan sekadar sebuah pertandingan hiburan, sebaliknya merupakan platform penting dalam memelihara identiti, bahasa, sejarah dan jati diri masyarakat Orang Ulu agar terus terpelihara serta diwarisi oleh generasi muda.
Menurut beliau, keberanian para peserta mempersembahkan lagu dalam bahasa ibunda masing-masing mencerminkan kebanggaan terhadap identiti sendiri, selain membuktikan bahawa seni muzik Orang Ulu masih relevan dan mempunyai nilai komersial dalam landskap industri kreatif negeri.
“Setiap lagu yang dipersembahkan bukan sekadar nyanyian, tetapi mengandungi nilai sejarah, emosi dan kisah nenek moyang yang mencerminkan keunikan warisan Orang Ulu.
“Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya keberanian mengangkat identiti sendiri itu adalah kemenangan yang sebenar,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kelab Wanita Berwawasan Baram serta seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen menganjurkan pertandingan berimpak tinggi yang berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai kawasan di Sarawak, sekali gus menarik kehadiran ratusan penonton.
Mengulas hala tuju penganjuran pada masa hadapan, Dato Dennis Ngau menyatakan harapan agar PSEOU dapat dijadikan acara tahunan berskala lebih besar dan berpotensi diketengahkan ke peringkat kebangsaan serta antarabangsa, selaras dengan usaha menjadikan seni budaya sebagai produk pelancongan Sarawak.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas kelulusan peruntukan kira-kira RM30 juta bagi pembinaan Bangunan FORUM, yang kini menjadi simbol pemerkasaan budaya masyarakat Orang Ulu.
Pada malam kemuncak pertandingan, Spinney muncul sebagai juara PSEOU 2025 menerusi lagu Lun Bawang, diikuti Bobby Laing di tempat kedua dengan lagu Kayan, manakala Eric Belu menduduki tempat ketiga menerusi lagu Lun Bawang.
Anugerah khas turut disampaikan termasuk Anugerah Lagu Terbaik kepada Eric Belu, Anugerah Persembahan Terbaik kepada Bobby Laing, Anugerah Vokal Terbaik kepada Spinney dan Anugerah Artis Popular kepada Sall.
Sementara itu, Pertandingan Koir Lagu Krismas 2025 menyaksikan Bintang Timur dari BEM Lutong Baru dinobatkan sebagai juara.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis undangan tempatan serta penampilan khas artis jemputan dari Indonesia, Agus Hingaan.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Datuk Bandar Bandaraya Miri, Ariffin Mohamad; Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda; serta Pengerusi Kelab Wanita Berwawasan Baram, Mujan Lah.-EDISI UKAS