Datuk Amar Douglas Uggah Santuni Penduduk Rh Sungai Langit Sempena Krismas
BETONG: Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan kunjungan Hari Krismas ke Rumah Bantan Jerman, Sungai Langit, Layar pada Jumaat.
Beliau hadir bersama isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang dan disambut mesra oleh penduduk rumah panjang, sekali gus mencerminkan hubungan erat serta keakraban antara kepimpinan negeri dan masyarakat setempat.
Kunjungan tersebut diadakan bersempena jemputan rumah terbuka Hari Krismas oleh penduduk rumah panjang tersebut sebagai tanda kesyukuran serta semangat perpaduan masyarakat setempat dalam meraikan perayaan Krismas.
Turut hadir ialah Ketua Gereja St Augustine Betong Father Rentap Nuang, Penghulu Kawasan Layar Ulu Linggi serta Tuai Rumah Panjang Sungai Langit Bantan Jerman.-EDISI UKAS