Yang di-Pertua Negeri Sarawak Dan Isteri Selamat Tiba Di Kuching
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Kuching selepas menamatkan percutian rasmi di Jepun.
Pesawat khas membawa Tun Pehin Sri dan Toh Puan serta ahli keluarga selamat mendarat di Terminal Hornbill Skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 4.00 petang tadi.
Ketibaan mereka disambut oleh barisan pegawai-pegawai kanan Astana Negeri Sarawak.
Tun Pehin Sri dan Toh Puan dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, di samping menzahirkan rasa syukur atas kelancaran perjalanan sepanjang tempoh berada di luar negara hingga kembali ke tanah air dengan selamat.