GEDONG: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Gedong ditutup pada Ahad setelah beroperasi selama dua hari akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah ini.
Penutupan PPS tersebut disahkan oleh Mohammad Fiirdaus Habari bagi mewakili Pegawai Daerah Gedong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gedong.
Menurut beliau, PPS ditutup pada jam 12 tengah hari selepas paras air kembali surut dan keadaan cuaca semakin baik.
PPS Dewan Masyarakat Gedong mula dibuka pada 9 Januari lalu bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas.
Sepanjang tempoh operasi, seramai 21 orang mangsa banjir telah ditempatkan dan menerima perlindungan di PPS tersebut.
Semua mangsa telah dibantu untuk pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat oleh pasukan penyelamat serta petugas agensi yang terlibat dalam operasi pemindahan dan bantuan banjir. -EDISI UKAS