Raptai Majlis Amanat Perdana 2026 Premier Sarawak Berjalan Lancar
KUCHING: Raptai bagi Majlis Amanat Perdana 2026 Premier Sarawak, 9 Tahun Yang Gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Isnin berjalan dengan lancar.
Majlis sebenar dijadualkan berlangsung pada Selasa dan dijangka menghimpunkan ribuan warga perkhidmatan awam serta pemegang taruh utama negeri.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan menjadi tetamu kehormat dan dijangka dihadiri barisan kepimpinan negeri.
Raptai diadakan bagi menyelaras atur cara, teknikal dan protokol termasuk susun atur dewan, sistem audio visual serta koordinasi petugas bagi memastikan majlis berlangsung lancar dan teratur.
Majlis Majlis Amanat Perdana 2026 Premier Sarawak dijangka menjadi platform penting untuk penyampaian hala tuju dan penegasan agenda pembangunan Sarawak bagi tahun mendatang.-EDISI UKAS