Setiausaha Kerajaan Sarawak Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Bersama Residen, Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Bagi Zon Utara 2024
MIRI: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menghadiri Majlis Makan Malam Bersempena Mesyuarat Bersama Residen, Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Bagi Zon Utara Tahun 2024 di Majlis Bandaraya Miri di sini pada Jumaat.
Majlis tersebut adalah bersempena dengan Mesyuarat Residen, Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Bagi Zon Utara (Bintulu, Miri, Limbang) 2024 yang akan diadakan di Hotel Grand Palace Miri pada Sabtu.
Sebelum mesyuarat bermula, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki akan menyertai sesi senamrobik pada jam 6.30 pagi di Marina Bay di sini.
Terdahulu dalam majlis santai itu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut menyaksikan sesi penyerahan cenderamata daripada Residen Bahagian Miri, Limbang dan Bintulu kepada Pengarah-pengarah Jabatan dan Penceramah.
Hadir sama Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak, Datu Mohamad Junaidi, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (HRDM), Jabatan Premier Sarawak, Sharifah Rohana Datu Wan Alwi, Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Premier Sarawak, Sapiah Daud, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak, Wan Mohamad Wan Drahman, Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri, Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti serta tetamu lain.-EDISI UKAS