Ahli Parlimen Betong Tinjau Isu Infrastruktur di Kampung Buda, Spaoh
SPAOH: Ahli Parlimen Betong merangkap Pengerusi Majlis Daerah Betong, Dato Dr Richard Rapu, telah mengadakan lawatan singkat ke Kampung Buda, Spaoh pada Jumaat.
Kehadiran beliau bagi meninjau beberapa isu infrastruktur yang dihadapi penduduk setempat.
Tinjauan tersebut bagi meneliti beberapa keperluan asas penduduk, khususnya berkaitan cadangan pembinaan pintu air bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.
Selain itu, lawatan turut menumpukan penilaian terhadap keadaan jalan masuk ke rumah-rumah penduduk dari jalan utama, termasuk keperluan penambahbaikan bagi memastikan akses yang lebih selamat dan selesa kepada penduduk kampung.
Dalam pada itu, Dato Dr Richard Rapu berkata, hasil tinjauan di lapangan ini akan dijadikan asas perbincangan lanjut bersama agensi dan pihak berkaitan bagi merangka penyelesaian yang lebih berkesan serta mampan, demi kesejahteraan penduduk Kampung Buda dan kawasan sekitarnya. -EDISI UKAS