SELANGAU: Beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 di sekitar Selangau kini telah siap dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Sesi serah tapak projek siap bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu telah diadakan di beberapa lokasi, pada Khamis.
Antara projek yang siap termasuk naiktaraf tempat letak kereta dan jalan di Rumah Paran Gerinang, Pelugau, naiktaraf Jalan Kebun Sungai Anus serta pembinaan tempat letak kereta di Rumah Susy Dennis, Sekuau.
Dalam masa sama, lawatan turut diadakan ke beberapa tapak projek RTP 2026 yang dicadangkan, termasuk naiktaraf Jalan Rumah Jering, jalan ke Tadika KEMAS di Tepus, Jalan Kebun Empilik serta Jalan Rumah Joseph Bangau di Sepiring.
Lawatan berkenaan bertujuan menilai keadaan tapak, keperluan teknikal serta kesesuaian pelaksanaan bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara terancang dan memenuhi keperluan penduduk.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Kaunselor Ajan Dau dan Kaunselor Dido Saleh.-EDISI UKAS