Projek Naik Taraf Pembetung Lorong 3 Nam Ping Chiong Usaha Kurangkan Risiko Banjir Kilat
SIBU: Masalah banjir kilat dan perparitan sempit di kawasan Sungai Sadit dijangka berkurangan selepas projek naik taraf pembetung di Lorong 3, Nam Ping Chiong dilaksanakan.
Projek ini dibiayai di bawah peruntukan khas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bawang Assan.
Projek tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan sistem saliran dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.
Projek ini dilaksanakan susulan aduan penduduk berhubung pembetung sedia ada yang terlalu sempit dan tidak mampu menampung aliran air, terutama ketika musim hujan.
Hal ini menyebabkan pelepasan air perlahan, sekatan aliran dan banjir kilat kerap berlaku di kawasan Sungai Sadit.
Perbincangan bersama jurutera Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) telah bermula sejak Julai tahun lalu untuk mencari penyelesaian yang paling sesuai.
Dengan pelantikan kontraktor kini dimuktamadkan, projek ini dijangka memberi impak positif jangka panjang kepada penduduk setempat.-EDISI UKAS