Lima Qari dan Lima Qariah Serikan Malam Kedua Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak di Serian
SERIAN: Majlis Tilawah al-Quran bagi malam kedua menyaksikan penyertaan seramai lima orang qari dan lima orang qariah yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh tarannum dan penghayatan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang turut hadir semasa majlis berkenaan.
Persembahan bacaan tersebut turut diselang-selikan dengan satu persembahan khas sebelum majlis ditangguhkan pada penghujung acara.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat qari dan qariah terbaik Sarawak, malah berperanan mengukuhkan penghayatan masyarakat Islam terhadap Al-Quran sebagai panduan hidup.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mual Su’aud serta Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap.-EDISI UKAS