TEBEDU: Dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2025 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu kini siap sepenuhnya.
Projek berkenaan ialah projek menaik taraf padang bola sepak Kampung Sungan dengan kos RM200,000 serta projek menaik taraf kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Payau yang turut melibatkan kos sebanyak RM200,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr. Simon Sinang Bada telah menyaksikan penyerahan dokumen bagi kedua-dua projek tersebut pada Jumaat.
Dalam pada itu, satu lagi projek RTP baharu turut diserahkan iaitu projek menaik taraf padang bola sepak Kampung Daha Kisau dengan kos RM200,000.
Projek ini merangkumi pembinaan akses pejalan kaki, astaka serta kemudahan tandas bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan penduduk setempat.
Pelaksanaan projek-projek di bawah RTP 2025 ini diharap dapat memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat serta menyokong pembangunan kemudahan asas dan sukan di kawasan luar bandar.-EDISI UKAS