Zon Utara Juara Keseluruhan Acara Karate SUKSAR IV 2026
LUBOK ANTU: Kontinjen Zon Utara muncul juara keseluruhan acara karate pada Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 selepas mendominasi pungutan pingat dengan sembilan emas dan tiga perak, menjadikan keseluruhan 12 pingat.
Kejayaan itu menyaksikan Zon Utara meninggalkan Zon Selatan di tempat kedua dengan 11 pingat iaitu satu emas, enam perak dan empat gangsa), manakala Zon Barat berada di kedudukan ketiga dengan 10 pingat keseluruhan iaitu satu emas, enam perak dan empat gangsa.
Zon Tengah pula menamatkan saingan di tempat keempat selepas meraih lima pingat terdiri daripada dua emas, satu perak dan dua gangsa.
Secara keseluruhan, SUKSAR IV 2026 menyaksikan persaingan sengit antara empat zon dan berperanan sebagai platform pencarian bakat baharu ke arah persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, sekali gus memperkukuh pembangunan sukan di Sarawak.
SUKSAR IV 2026 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah berperanan penting sebagai platform pencarian bakat baharu bagi persediaan ke SUKMA Selangor 2026, sekali gus memperkukuh pembangunan sukan di Sarawak.-EDISI UKAS