Zon Barat Juara Keseluruhan Acara Sepak Takraw SUKSAR IV 2026
LUBOK ANTU: Kontinjen Zon Barat muncul juara keseluruhan acara sepak takraw Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 selepas mencatat prestasi cemerlang dalam beberapa kategori utama yang dipertandingkan.
Kejayaan Zon Barat terserlah apabila mendominasi kategori Beregu Double Wanita dengan Zon Barat A merangkul pingat emas, manakala Zon Barat B menyumbang pingat perak.
Dominasi itu diteruskan dalam kategori Kuadrant Wanita apabila Zon Barat memenangi pingat emas.
Dalam kategori Regu Wanita, Zon Utara A memenangi pingat emas, diikuti Zon Barat A meraih pingat perak dan Zon Selatan A meraih pingat gangsa.
Bagi kategori lelaki, Zon Selatan A muncul juara acara Regu Lelaki.
Namun, Zon Barat A berjaya menguasai kategori Bergu Double Lelaki dengan memenangi pingat emas, sekali gus menyumbang mata penting kepada kutipan keseluruhan zon tersebut.
Sementara itu, kategori Kuadrant Lelaki menyaksikan Zon Selatan muncul juara, diikuti Zon Barat di tempat kedua.-EDISI UKAS