Yang di-Pertua Negeri Sarawak Hadiri Mesyuarat Hari Pertama MRR Ke-271
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-271 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara, pada Rabu.
Keberangkatan tiba beliau disambut oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad serta barisan pegawai kanan Istana Negara.
Mengiringi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Premier Sarawak.
Beliau dalam pada itu menzahirkan kesyukuran atas kelancaran mesyuarat yang berlangsung dengan penuh tertib dan muafakat, menekankan semangat kerjasama serta keharmonian dalam memartabatkan institusi beraja. -EDISI UKAS