Majlis Makan Malam TBC DUN Pelawan Eratkan Perpaduan Komuniti
SIBU: Lebih 100 penduduk menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan di Pusat Penjaja Sungai Antu, di sini, pada Khamis.
Majlis dirasmikan oleh Penghulu Ting Tien Huat yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Pelawan Datuk Michael Tiang Ming Tee.
Program tersebut menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum yang bersama-sama menikmati hidangan tradisi, sekali gus mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya setempat.
Selain jamuan makan malam, para hadirin turut disajikan dengan persembahan nyanyian dan acara cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan itu.
Sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina, limau mandarin dan sampul merah turut diedarkan kepada tetamu yang hadir.-EDISI UKAS