Pembelajaran Sepanjang Hayat Pacu Transformasi Komuniti Dudong
SIBU: Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Kursus Pengurusan Organisasi Berkesan menjadi pemangkin transformasi komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong ke arah masyarakat berdaya saing dan cekap mentadbir.
Penolong Ketua Cawangan PBB Dudong Jamil Julaihi berkata, perubahan minda dan penguasaan ilmu penting bagi membentuk jentera akar umbi yang telus serta sistematik.
Beliau berkata, usaha mengubah landskap komuniti DUN Dudong menjadi sebuah entiti yang maju memerlukan pemerkasaan jentera akar umbi dengan kemahiran urus tadbir yang cekap, telus dan sistematik.
“Kursus hari ini hanyalah satu permulaan, masih banyak ilmu yang perlu diteroka. Oleh itu, perancangan strategik akan terus dirangka bersama pihak kolej bagi memastikan agenda transformasi modal insan kita tercapai sepenuhnya,” katanya.
Beliau yang mewakili Ketua PBB Cawangan Dudong Tan Sri Bustari Yusuf, berkata demikian semasa merasmikan majlis penutupan PSH di Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu, baru-baru ini.
Program anjuran bersama PBB Cawangan Dudong dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu itu telah menghimpunkan ahli jawatankuasa cawangan, ranting, pemuda, wanita dan belia bagi memperkasakan kompetensi mereka dalam aspek pengurusan dokumentasi, kewangan serta tata kelola organisasi.-EDISI UKAS