Aisha’s Lunchbox Perkenal Buffet Ramadan & Western Platter Untuk Berbuka Puasa
KUCHING: Restoran terkemuka, Aisha’s Lunchbox tampil dengan kelainan sempena Ramadan 2026 dengan memperkenalkan Menu Iftar Khas ‘Western Platter’ berkonsepkan hidangan Barat untuk berbuka puasa.
Ini merupakan kali pertama restoran berkenaan menawarkan Buffet Ramadan kepada orang ramai sejak ia mula beroperasi.
Majlis pelancaran promosi tersebut diserikan dengan kehadiran mantan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Steve Ng Thian Yew bersama isteri beliau, Anriza Cordero yang juga Pengarah Eksekutif.
Menu Western Platter boleh dinikmati bermula 19 Februari hingga 18 Mac 2026, dari jam 6 petang hingga 8.30 malam.
Hidangan ini menampilkan kambing panggang, chicken chop dan salmon, lengkap dengan nachos serta kentang goreng. Ia sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Set ini ditawarkan pada harga RM90 untuk dua orang dan RM170 untuk empat orang.
Pelanggan disaran membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Sementara itu, Buffet Ramadan di restoran tersebut akan berlangsung dari 6 Mac hingga 18 Mac 2026, bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.
Harga ditetapkan RM79 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak di bawah lima tahun makan secara percuma.
Sebagai promosi tambahan, setiap tempahan bagi 10 orang layak menerima satu tempat percuma. – EDISI UKAS