Ahli Parlimen Lubok Antu Meriahkan Sambutan TBC 2026 di SJK(C) Chung Hua Engkilili
ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di SJK(C) Chung Hua Engkilili dalam suasana meriah dan penuh semangat muhibah.
Pada majlis tersebut baru-baru ini, beliau menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada PIBG sekolah bagi menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan kualiti pembelajaran murid.
Sambutan turut diserikan dengan pemberian angpau kepada guru, staf dan murid serta persembahan tarian singa dan naga tajaan alumni sekolah.
Turut hadir wakil kepimpinan sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), PIBG serta agensi tempatan.
Sambutan tersebut dilihat sebagai wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat sempena Tahun Baharu Cina.-EDISI UKAS