Abdul Yakub Dan Royston Meriahkan Sambutan TBC Di Mukah
MUKAH: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian Royston Valentine mengadakan kunjungan mesra ke beberapa kediaman di sekitar Mukah, pada Selasa.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat selain menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.
Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina turut menjadi wadah memperkukuh keharmonian dan persefahaman antara kaum di Sarawak.
Amalan kunjung-mengunjung ketika musim perayaan mencerminkan semangat muhibah yang telah lama menjadi tunjang kekuatan masyarakat di Mukah.
Abdul Yakub dan Royston turut menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh penduduk setempat sepanjang lawatan berkenaan.
Menurut mereka, kepelbagaian budaya dan adat resam di Sarawak merupakan kekuatan yang perlu terus dipupuk demi kesejahteraan bersama.
Selain itu, semangat kebersamaan dan hormat-menghormati yang ditunjukkan oleh masyarakat di Mukah membuktikan bahawa perpaduan di negeri ini sentiasa utuh, tambah mereka.
Kehadiran mereka turut disambut dengan penuh kemesraan oleh tuan rumah yang menghargai keprihatinan pemimpin setempat dalam meraikan perayaan bersama rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Hadir sama, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip. - EDISI UKAS