UKAS Terima Kunjungan BERNAMA Sarawak, Perkukuh Sinergi Strategik Media
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Sarawak di Ibu Pejabat UKAS, Bangunan Baitul Makmur 1, di sini pada Rabu sekali gus memperkukuh sinergi strategik antara kedua-dua agensi media.
Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan mengalu-alukan kehadiran rombongan BERNAMA Sarawak yang diketuai Ketua Biro BERNAMA Sarawak, Muhammad Ammar Shafiq Hamzah.
Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Berita, Rozlin Rusharmeen Rosmi, Anasathia Jenis dan Zaphne Philip.
Pertemuan tersebut menjadi wadah mempererat hubungan profesional selain membincangkan potensi kolaborasi dalam aspek penyelarasan liputan dan penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.
Melalui kunjungan berkenaan, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh jaringan komunikasi serta meningkatkan sinergi media bagi memastikan penyampaian informasi yang tepat, sahih dan berimpak kepada rakyat Sarawak.
Hadir sama Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali bersama barisan pegawai kanan UKAS.-EDISI UKAS