Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat PVATM
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi ahli Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di kediaman rasmi di Kasuma Resort, Petra Jaya pada Rabu.
Kehadiran delegasi yang diketuai Penasihat Persatuan Mej Dato’ Peter Runi (B) bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baharu persatuan tersebut.
Kehadiran mereka juga untuk mempersembahkan cadangan untuk melantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai Penaung PVATM Sarawak mengikut peruntukan Undang-Undang Malaysia dan sepertimana yang diamalkan di negeri-negeri lain.
Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform untuk mereka mendapatkan nasihat dan pandangan berkenaan dengan peranan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan PVATM.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para veteran dalam menjaga kedaulatan negara, serta mendoakan agar persatuan terus aktif dalam memperjuangkan nasib ahlinya.
Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Jimbau Galu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kapt Hadzill Awi (B) serta ahli-ahli jawatankuasa Philipsen Jeff Talot, Edwin Jarau dan Garid Sunang. -EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: George Embie