Penduduk Enam Kampung di Balingian Terima Sumbangan Bakul Kasih, 600 Bubur Lambuk Turut Diagih
BALINGIAN: Seramai 25 penduduk daripada enam buah kampung di Daerah Kecil Balingian menerima sumbangan Bakul Kasih bagi meringankan beban perbelanjaan harian serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.
Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib telah menyemprunakan penyerahan sumbangan tersebut dalam satu majlis di Anjung Selera Balingian, di sini, pada Ahad.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.
Dalam majlis sama, sebanyak 600 pek bubur lambuk turut disediakan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.
Hadir sama, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip dan Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias.-EDISI UKAS