‘Water Fountain’ Dataran Kipas Miri Dibuka Semula Bermula Julai 2024
MIRI: Pancuran air di Dataran Kipas Miri telah dibuka semula kepada orang awam bermula Julai 2024.
Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Yang mengumumkan bahawa pancuran air tersebut akan dibuka pada pukul 7 malam hingga 8 malam setiap hari dan bermula 6 petang hingga 8 malam pada hujung minggu.
Jelas beliau, pihak Majlis Bandaraya Miri akan melakukan penyelenggaraan dan membaik pulih peralatan lain di taman rekreasi jagaan Majlis Bandaraya Miri secara berperingkat bagi memastikan semua kemudahan boleh digunakan dengan efisien dan kondusif.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa melakukan lawatan di Water Fountain Dataran Kipas, di sini pada Jumaat.
Adam juga berharap agar pembukaan semula itu dapat memberi manfaat yang lebih kepada taman dan penduduk setempat. –EDISI UKAS