Dato Sri Julaihi Santuni 240 Asnaf, Agih Bubur Pedas Bersama Sarawak Water
SEBUYAU: Seramai 240 penerima terdiri daripada golongan asnaf dari 10 buah kampung di kawasan Sebuyau menerima sumbangan sempena Program Ziarah Ramadan dan Tanggungjawab Sosial yang berlangsung di Dewan Pembangunan Sebuyau, pada Khamis.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Dato Sri Julaihi Narawi dengan kerjasama Sarawak Water.
Dalam program itu juga, seramai 150 kanak-kanak turut menerima sampul duit raya sebagai tanda kegembiraan dan penghargaan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, agensi dan masyarakat di kawasan Sebuyau.
Turut hadir, Pengarah Bekalan Pengedaran Gas Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Kasvenda Kassim, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Ketua Bahagian Pengeluaran Sarawak Water Wahab Lias, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) Anuar Daan dan Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau Abu Seman Suhaili. - EDISI UKAS