Datuk Abdullah Santuni Warga UKAS Dalam Majlis Berbuka Puasa
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol meluangkan masa bersama warga Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa UKAS yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan bersama barisan pegawai kanan serta warga kerja UKAS dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Sebelum waktu berbuka, Datuk Abdullah turut beramah mesra dengan warga kerja UKAS, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan antara kepimpinan dan kakitangan jabatan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa bersama sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Sebagai tanda kenangan, Datuk Abdullah turut meluangkan masa merakamkan gambar bersama warga UKAS sebelum majlis berakhir.– EDISI UKAS
Disediakan: Jonnie Kiew
Foto: Jaed Tepus & Rais Sanusi