Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Peguam Besar Sarawak
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan daripada Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali di kediaman rasmi beliau di sini pada Khamis.
Pertemuan tersebut bertujuan memberi taklimat serta mengemas kini mengenai pelbagai perkara berkaitan undang-undang dan isu perundangan negeri.
Dalam pertemuan itu, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi juga berkongsi pandangan serta pengalaman beliau dalam bidang perundangan dan keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.
Antara yang hadir dalam kunjungan hormat berkenaan ialah Ketua Bahagian Penyelidikan Dr Jady@Zaidi Hassim serta Peguam Kanan Negeri Mohd Adzrul Adzlan.-EDISI UKAS