Program Sungkai Sekampung Semarakkan Ramadan Di Masjid Kampung Pemukat
LAWAS: Program Sungkai Sekampung sempena Bicara Ibrah Ramadan yang berlangsung di Masjid Kampung Pemukat, Kuala Lawas pada Jumaat
Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memperkukuh ukhuwah serta perpaduan masyarakat setempat.
Pengarah Bahagian Perundangan Syariah Nor Azamir Alias, telah menyampaikan ceramah mengenai penghayatan nilai dan ibrah Ramadan, yang turut menekankan kepentingan merenungi pengorbanan, kesabaran, dan keikhlasan dalam kehidupan seharian.
Majlis kemudian diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk setempat.
Penganjuran program itu bukan sahaja mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti Kampung Pemukat. -EDISI UKAS