TPM Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja Rasmi Sehari
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Kuching untuk lawatan kerja rasmi selama sehari.
Ketibaan beliau pada jam 5 petang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching dengan menaiki pesawat khas TUDM disambut oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang
Beliau dijadualkan menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil di Kampung Niup, Kota Samaran pada petang itu juga.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan. -EDISI UKAS