Ahli Parlimen Batang Sadong Santuni Komuniti Gedong Melalui Sumbangan Aidilfitri
GEDONG: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee terus menyantuni komuniti setempat dengan menyampaikan sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kanchong Baru, pada Selasa.
Dalam program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong itu, sebanyak 105 karton minuman diserahkan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong.
Hadir sama, Naib Ketua PBB Cawangan Gedong Ali Bujang, Ketua Pergerakan Wanita Hajah Hasanah Majais, Ketua Pemuda Maharthir Oyak, Pemanca Melayu Zon Gedong Proper Pemanca Abang Ronnie Abang Sa’adeli serta Penghulu Melayu Zon Gedong Proper Penghulu Hadian Salleh.
Majlis yang dihadiri kira-kira 30 orang itu merupakan antara aktiviti tahunan yang dilaksanakan menjelang Aidilfitri sebagai tanda penghargaan terhadap peranan KMKK dan AJK PBB dalam memacu pembangunan komuniti setempat.
Selain itu, program berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan menjelang sambutan perayaan.-EDISI UKAS