Dato Sri Abdul Karim Tunaikan Solat Jumaat Bersama Penduduk Asajaya
ASAJAYA: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid An-Najah.
Ketibaan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya disambut oleh Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zannuddin Bidin serta barisan kepimpinan masyarakat dan ahli jawatankuasa masjid.
Sejurus selesai solat, beliau sempat beramah mesra dengan para jemaah bagi bertanyakan khabar serta meninjau perkembangan semasa komuniti di kawasan tersebut.
Kehadiran beliau ke masjid berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti turun padang bagi memperkukuhkan ukhuwah antara pemimpin dan rakyat, selain memastikan kemudahan rumah ibadat di daerah itu berada dalam keadaan yang terbaik. -EDISI UKAS