Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Isteri Zahirkan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Seluruh Umat Islam Di Sarawak
KUCHING: Saya dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, bersama keluarga, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Sarawak.
Setelah menempuh Ramadan yang penuh keberkatan, tibalah Syawal sebagai bulan kemenangan dan rahmat Allah SWT.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan hati yang bersih, penuh keikhlasan, saling memaafkan dan menziarahi sanak saudara serta insan tersayang, dirai bersama keluarga tersayang sebagai tanda syukur atas nikmat Allah SWT.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, saya mendoakan perjalanan selamat dan dipermudahkan.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kebahagiaan tulus kepada kita semua.