Yang di-Pertua Negeri Sarawak Berkenan Solat Jumaat Di Masjid Jamek
KUCHING,: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Ketibaan beliau disambut oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.
Turut hadir menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari l Tun Datuk Abang Openg, Speaker Dewan Undangan Negerj (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain.
Solat Fardhu Jumaat telah diimamkan oleh Imam Besar Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, yang turut menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Ramadhan: Tibanya dinanti, perginya dirindui’.
Di kesempatan itu juga, beliau turut bersalaman menyantuni para jemaah menyampaikan sampul sumbangan kepada jemaah kanak-kanak serta bersalaman mengeratkan silaturahim bersama muslimin yang hadir.
Turut hadir, Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir. -EDISI UKAS