DEBAK: Amalan kunjung-mengunjung sempena Hari Raya Aidilfitri terus menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan antara pemimpin dan masyarakat.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu mengadakan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam di Kampung Bungei, hari ini.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh Datuk Mohammad Razi sempena penganjuran rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya.
Suasana kunjungan berlangsung dalam penuh harmoni dan muhibah, mencerminkan amalan ziarah-menziarahi yang menjadi tradisi masyarakat berbilang kaum di Sarawak khususnya pada musim perayaan.
Selain mengeratkan hubungan antara pemimpin, kunjungan tersebut turut menjadi platform memperkukuh kebersamaan serta berkongsi kegembiraan bersama masyarakat setempat.-EDISI UKAS